Tuesday, February 13, 2018

Fungsi Vitamin C?

Paling biasa kita dengar, vitamin C ni kena makan bila kena selsema atau demam kan? Tapiii jangan salah faham tau, vit C ni bukan ubat ye. Sebenarnya ia satu unsur yang badan perlukan untuk berfungsi secara normal. Jom kita tengok, apa sebenarnya fungsi Vitamin C.






Antara FUNGSI VITAMIN C

1) Mencantikkan kulit
Jika setiap hari kita mengambil vit C secara konsisten, ia mampu menjadi kan kulit kita lebih cerah. Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen penyebab utama kejadian jeragat. So cara kawal jeragat adalah dengan mengambil vit C setiap hari!


2) Meningkatkan sistem imun tubuh
Vit C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik. Ia nya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

  • Menguatkan sistem imun
  • Mengurangkan asma dan alergi hidung dan kulit
  • Menyingkatkan waktu pemulihan ketika sakit


3) Antioksida yang menghalang kerosakan tisu yang di sebabkan radikal bebas
Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ia nya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat di nyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vit C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk


4) Mencegah penyakit Scurvy
Penyakit Skurvi adalah akibat kekurangan vit C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah di sebabkan kekurangan vit C.
 Jelas sekali vit C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadi kan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit di sarankan mengambil vit C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan


5)Stres/Tekanan
Sangat perlu di ambil oleh mereka yang sistem imun badan nya rendah kerana stres. Stres adalah masalah yang biasa di hadapi oleh masyarakat kita pada hari ini. Vit C sangat sensitif dengan tekanan dan ia nya merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu stres memerlukan lebih vit C setiap hari.



6) Mengekalkan kolestrol sihat

Vit C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah. Ia juga mampu mengekalkan  kapilari yang sihat dan menghindari arteriosklerosis, thrombus, menghalag pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi



7) Membantu pembentukan kolagen

Vit C membantu pembentukan kolagen  iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, endi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itu lah siapa yang amalkn vitamin C akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik malah luka nya juga cepat sembuh kerana ia nya membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.


8)Membantu pencegahan sesetengah kanser seperti kanser paru-paru, payudara dan sebagainya.

Fuhhhh. Ni semua adalah antara fungsi vit C. Korang mesti ingat makan vit C hanya utk cantik, untuk demam n selsema je kan. tapi sebenarnya, bannnyaakkkkk oo fungsinya







No comments:

Post a Comment