Tuesday, June 5, 2018

hye bakal pengantin!

cantiknya awak!

bertambah cantik lagi kalau awak buat face and body treatment ni tau. muka dah berseri dah tu.. cuma tambahkan lagi je keserian tu berkali ganda. cik abg nak tengok pun jadi tak sabar.
Jangan sampai meleret je senyuman cik abg tu.

jangan risau pasal malas nak ke spa,sebab saya yang akan datang pada awak untuk bagi kemudahan ni. awak cuma duduk tunggu saya je 
kalau nak abg meleret senyum, cepat2 wasap no ni

Ayu
011-28878413









Tuesday, March 6, 2018

Pengalaman Bersalin

Setelah 5 bulan beranak, baru hari ni nak coret2 cerita untuk kenangan. tu pun dah ingat2 lupa. hehe. tapi pengalaman sakit beranak tu, fuhhhh.. sampai sekarang terngiang2 dan terasa. hehe. depend la kan pada setiap individu. ada orang yang memang dah nak beranak, tapi rasa sakit tu langsung takde, tapi ada orang yang memang sampai sakit tahap melampau sampai dah tak boleh nak mikir pape. saya tergolong dalam golongan yang sakit yakmat tulah.. tapi alhamdulillah, selamat beranak.


Bermula kisah bersalin saya adalah pada 25 september 2017. Kalau ikutkan due date yang doktor bagi 3 October 2017, tapi baby nak keluar awal. time tu saya baru 38 minggu 2 hari. instinct sebenarnya memang dah rasa baby akan keluar dalam 37 ke 38 minggu, sebab akak2 saya semua beranak masa 37 minggu. so saya assume, baby saya pun akan keluar dalam lingkungan macam ni juga. Boleh pula kira macam gitu kan.😁 hehe. 


Malam sebelum saya bersalin tu, serius, takde rasa sakit apa pun. cuma malam tu, tak boleh nak tidur sebab pinggang and perut tak berapa nak selesa. rasa berat semacam je perut. pusing sana, pusing sini, tetap tak boleh tidur. Kebetulan malam tu, mak cik datang, so agak lambat jugaklah saya tidur. last2 pukul 5 pagi, turun bawah, cari makanan sebab lapar. kuikui. Time tu mengadu dengan mak, perut n pinggang rasa lain macam, mak apalagi, gabra la. terus mak suruh kira kekerapan sakit tu macam mana. Mak dah suruh pergi hospital.


start 6 lebih, pagi, baru saya kira kekerapan sakit tu macam mana, walaupun tak rasa sakit mana pun. cuma rasa ala2 sengugut je masa tu. saya counting pun sebab nak make sure betul tak sakit ni sebelum p hospital. takut dah g hospital, nurse suruh balik pula. So bermula la kiraan  lepas tu. yang mana saya rasa sakit lain macam je, terus catat. tu pun catat tak catat je.




Barang keperluan saya dan baby untuk bawa g hospital



Sebelum g hospital, pack2 dulu barang2 sendiri yang tak habis kemas, mandi2 and then pergi hospital HSA (Hospital Sultanah Aminah) tak silap masa tu dalam 8 lebih(pagi), g kaunter n bagi tahu nak cek bukaan. bila nama dah panggil, 9 lebih (pagi) pergi buat CTG dulu. lepas je buat CTG, orang hospital suruh tukar baju pink, n diorang nak cek bukaan. saya plak da terpingga2 sebab first pengalaman kan. hehe. Masa buat CTG tu, sakit contraction tu masih boleh tahan, tapi once dia da seluk nak cek bukaan, n dia tolong buka lagi bukaan huaaaaa, start dari situ bermula la contraction pain yang sangat dashat, n baru tahu gini la rupanya contraction pain. huhu. Tak kusangka begini sakit nya contraction. Cam nak terobos ari2 time tu. ok, sah. kena tahan wad dah. Sementara akak tolong uruskan pendaftaran masuk wad, tak senang duduk dah saya menahan sakit tu. mengigil satu badan. Masa ni bukaan baru 3 cm, tapi contraction pain da regular. doktor bagitahu, bila2 masa bukaan boleh besar and doc scan anggaran berat baby 3.3 kg. Masa tu orang hospital dah pesan, kalau dah rasa sakit nak bersalin, o pecah air ketuban, dia suruh panggil. kalau ada katil kosong baru boleh masuk labour room.



Hehe. sempat ambil gambar, sebelum kesakitan melampau datang




Ni peraturan hospital. gambar gegar sebab tengah sakit sangat time ni. haha. Nurse explain mana nak ambil baju, mana toilet, masa melawat , surau and sebagainya.



Dalam 10 lebih macam tu, baru saya dapat masuk wad. kiranya settle semua dah urusan pendaftaran, saya pun ikutla nurse g wad kelas 3, tingkat 3, no katil 63. Sementara dapat katil, duduk dulu dekat kerusi sebab dia nak terangkan peraturan simple hospital. Masa ni, walaupun sakit contarction, tapi still boleh tahan lagi. start je 11 lebih, memang betul2 dah tak tahan. turun naik katil konon nya nak kurangkan sakit, tapi langsung tak hilang. haha. kebetulan masa tu ada doc, terus minta doc cek kan bukaan. kot2 la da buka besar, sebab sakit dah terlampau n yakmat. tapiiiii bila cek, bukaan still 3 cm lagi. huarrrrgghhh. menangis saya menahan sakit ni. mulut ni tak berhenti berzikir untuk kurangkan rasa sakit 


Tengah menunggu di ward beramai2.



Orang kata sakit bersalin tu macam sakit senggugut, tapi bagi saya sebenarnya takkkkk. tak boleh nak digambarkan sakit tu macam mana.tapi yang pasti, ari2 time tu rasa nak terobos keluar. hehe. contraction da makin kerap and regular. setiap 3 minit sekali, saya dah tahu sakit tu akan menyerang. so get ready je la setiap 3 minit sekali. air mata time ni duk mengalir tak henti2 sebab menahan sakit. 


pukul 3 lebih(petang) bukaan baru 4 cm. doc kata 4 cm sebenarnya dah boleh masuk labour room, tapi di sebabkan katil penuh, kena la tunggu. pukul 4 lebih, darah dah turun. dia suruh pakai pad dulu and dia nak inject ubat tahan sakit sementara tunggu katil. time ni saya memang dah betul2 sakit and tak boleh nak berjalan dah. jalan pun alahaiii, perlahan yang amat. saya tak rasa pun effect ubat tahan sakit tu. kesakitan da menguasai segala-galanya. hehe. suami masa ni da ada, baru sampai daripada kl. dengar je saya dah masuk hospital,suami terus balik dari kl ke jb. ayah, mak and suami la yang jadi penenang masa tengah contraction tu.


Lepas inject, buat CTG lagi. masa buat CTG tu, ya Allah..betul2 dah tak tahan and tak selesa. kalau boleh nak minta beranak sekarang juga je. Saya dah rasa anak da meronta2 nak keluar. boeh tak korang bayangkan macam mana bila sesuatu benda tu nak terkeluar, tapi kita dok tahan.


at last, saya bagitahu doc dah tak tahan sangat, and doc pun decide untuk seluk n pecahkan air ketuban. masa air ketuban pecah tu, doc bagitahu, air ketuban dah bercampur dengan najis baby. tapi di indikasi kan sebagai low sahaja, sebab tak pekat. masa ni doc yang seluk doc lelaki melayu. dua kali doc ni seluk. aduduu. maluuu. sebelum ni, yang cek bukaan masa dekat wad, doc perempuan, tangan nya halus jeee. so tak rasa sakit sangat. bila tiba doc india lelaki seluk, fuuuhhh. rasa sakit tu.


okey, yeaayyyyyy!!! akhirnya doc decide saya dah boleh beranak. tak tergambar rasa perasaan time tu sebab setelah sekian lama menahan sakit baby keluar, akhirnya dapat juga. huhu. nurse tolak saya ke labour room(tapi tak pasti betul atau tak labour room atau bilik saringan, sebab dia ada bagitahu katil penuh, jadi awak duduk sini dulu ye). huuu. time ni tersangat dah tak larat n tak tertahan sakit. badan pun da tersangat lemah. husband time ni, tak dibenarkan masuk, nurse kata tunggu dia panggil baru masuk. tapi sedihnya sampai da selamat beranak, nurse tak panggil pun husband. huaaaaa. anak dah selamat lahir baru suami masuk.


masa saya duduk dekat katil, time ni pejam mata sambil sedut n hembus nafas. kihkih. time ni tak perasan pun, saya terhembus nafas depan muka nurse. (nurse kot, pakai baju hitam), n apalagi,bila kena hembus nafas depan muka, ofkos la nurse tu marah."awak hembus nafas depan muka saya buat apa". dalam hati mana la saya perasan kak oiii. masa dalam beberapa minit kemudian, tetiba saya rasa macam nak terberak sangat. bagitahu ke nurse and doc. doc pun cepat2 cakap, haaaa, berak, berak, awak kata nak berak kan. so saya apa lagi dengan segala kudrat yang ada terus meneran dengan kuatnya smbil bunyi huarggggghh yg kuat. haha. dua kali push tak silap, lahirlah seorang anak ibu yang comel. hehe.


Anak ibu Ahmad Raif Anaqi Bin Murhisham


masa nurse letak baby atas dada, saya memang rasa dah separa sedar dah dengan keadaan yang tak bermaya tu, jadi nya tak nampak mana muka anak. yang dengar cuma suara cumel baby je. huaa. how i miss that moment.


da selesai proses keluar anak, sekarang proses menjahit pla. time ni, nurse n doc suruh sedut gas etonox bagi kurang kan kesakitan. asal sakit skit je, saya cecepat sedut gas ni. huuu. memang lalok abis dah saya lepas tu. memang betul2 lalok n tak bermaya. even tengah duduk dekat kerusi roda pun, kepala dah terhuyung hayang da. walaupun lalok, tapi sakit tu still rasa2 menyengat.bagi saya la kan, contraction pain and sakit bersalin tu lagi sakit daripada sakit jahit. 


Selesai je luka jahitan saya di jahit, saya di bawa ke wad pula. suami masa ni uruskan segala benda. memang busy betul suami time ni. pukul 12 mlm baru lah settle semua benda. baby pla kena tahan wad, sebab ada masalah pernafasan sikit (sebab duk lama sangat dlm perut masa sakit tu). sebelum suami balik, sempat dia papah saya ke toilet untuk uruskan diri. time ni dah menangis2 sakit. saya tengok, orang katil sebelah lek2 je siap boleh bersila lagi, yang saya ni pula terbaring kesakitan. nak kata duduk, memang takla. sepanjang berada dekat wad, baring ajela.. nak gerak pun da macam sloth tau. rasa punggung perit sangat.


malam tu, nurse paksa juga kencing. tapi yang peliknya, walaupun dah lama masa berlalu, rasa nak kencing tu langsung takde. masa nk kencing dalam toilet pun, kena meneran untuk keluarkan air kencing tu. huhu. 


sepanjang malam berada kat wad, memang tak boleh tidur, sebab menahan sakit.katil plak tu tinggi. hihi. rasa tempoh malam tu panjang sangat. rasa macam tak bergerak jam tu. dahla badan berlengas and darah penuh katil, memang tak selesa sangat. asyik mengadu dengan nurse aje, rasa bengkak and pedih yakmat dekat jahitan saya ni. 


Keesokkan hari nya, saya mengadu pla dengan doc yang datang melawat. and doc tu minta saya masuk ke bilik dia untuk dia cek. aduduuu. tengah dalam keadaan sakit tu, bila kena seluk depan and belakang, hanya Tuhan je tahu macam mna sakit tu. abis je doc cek, terus mengalir laju air mata ni sambil darah menitik2 masa nak jalan balik katil.


Petang tu, saya da boleh discharge dari wad. Papepun, pengalaman bersalin ni masih seriau lagi. jangan cakap, alaaaaa, aku tak sakit pun, ok je. setiap orang berbeza ok. Apapun, saya bersyukur sangat2 n berterima kasih sangat pada suami yang bersungguh2 tolong isteri dia ni n pada mak ayah yang sentiasa menolong anak mu ini. hehe. 




Tuesday, February 13, 2018

Kenapa VITAMIN C SHAKLEE

Tahu tak, Vit C Shaklee mempunyai Bioflavanoid yang membantu penyerapan vit C oleh badan dan memelihara vit C daripada teroksida. Bioflavanoid ni adalah pigmen tumbuh-tumbuhan yang di jumpai di dalam buah-buahan sitrus.

Kelebihan Vit C Shaklee iaitu perbezaan Shaklee dengan lain-lain vitamin ini ialah ia nya telah di formulasikan dalam bentuk "sustained Released" (dipattern kan oleh shaklee dan tidak ada mana-mana company yang boleh tiru) iaitu pelepasan berkala di mana setiap jam, 1.5mg vit C akan di lepaskan dalam badan kita. Gituuu.

Jadi, sebiji vit C 500mg yang kita makan akan bertahan untuk 5 jam kerana akan dilepaskan 100mg setiap 1 jam. Tapi keperluan vit C ini bergantung kepada setiap individu tersebut ye. Kadangkala ada yang hanya memerlukan 2 biji sehari, namun bagi yang mempunyai masalah perlu lah mengambil lebih iaitu 4-6 biji bergantung kepada keadaan.


Vit C Shaklee adalah vitamin yang larut dalam air. Jadi tak adalah  istilah tertinggal dalam badan atau buah pinggang yang boleh menyebabkan buah pinggang rosak ok.



Secara ringkasnya:

1) Vit C Shaklee kini lengkap dengan Citrus Bioflavanoids Complex dan juga Sustained Released System.

2) Penyerapan vit C ke dalam tubuh adalah berterusan selama 5 jam bagi memastikan bekalan vit C mencukupi semasa ia diperlukan untuk proses dalam tubuh.

3)Vit C Shaklee di hasilkan dari kanji jagung yang merupakan sumber asli vit C.

4) Vit C Shaklee di tambahkan dengan Bioflavanoids Complex yang membantu penyerapan vit C .






Kalau nak dapatkan vitamin SUPER BEST ni, boleh la contact no ni ye: 011-28878413 atau membuat pembelian terus di sini ☺


👉KLIK DI SINI👈







Kenapa kita perlu Vitamin C

Tahu tak kenapa kita Perlu ambil Vit C setiap hari? untuk cantik? Imunisasi? Ok, tubuh kita sebenarnya memerlukn vit C setiap hari kerana sifatnya vit C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak dapat menyimpan vit C untuk jangka waktu yang lama.

Badan kita pula tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vit C terlalu lama kerana ia nya akan berkurangan semasa kita melakukan aktiviti seharian, tambahan dengan keadaan pencemaran yang berleluasa sekarang ni.

Vit C hanya boleh berada di dalam darah manusia selama hanya tempoh 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut, vit C bekerja (klik sini utk tahu fungsi vit C) dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan tahap keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di setiap bahagian tubuh yang lain. Selain itu, jika kita kekurangan vit C akan, antara kesan nya ialah:

1) Kekurangan vit C boleh menyebabkan kolagen akan menjadi lemah dan tidak aktif.
Vit C di perlukan untuk pembentukan kolagen.

2) Kolagen adalah sejenis protein yang menyokong sebahagian sel, memberi kekuatan dan kekenyalan kulit serta tisu badan di samping membantu penyerapan zat besi- ini yang enjadikan kita tua sebelum waktu nya.

3) Setiap hari badan terdedahkepada radikal bebas seperti asap rokok, pancaran UV, pencemaran udara, ubat dan lain-lain. Pendedahan kepada radikal bebas yang berterusan akan menyebabkan kerosakan pada sel-sel badan dan akhirnya sel- sel ini akan mati. Ini adalah penyumbang kepada penyakit kanser, jantung serta penyakit kronik yang lain.

4) Kekurangan vit C yang berterusan boleh menyebabkan penyakit kancing gigi dan skurvi iaitu gusi berdarah.

5)Vit C membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka. Jadi jika tak cukup kuota dalam badan, luka akan lambat kering dan sembuh



Kalau nak dapatkan vitamin SUPER BEST ni, boleh la contact no ni terus ye: 011-28878413 atau membuat pembelian terus di sini 

👉KLIK DI SINI👈


Fungsi Vitamin C?

Paling biasa kita dengar, vitamin C ni kena makan bila kena selsema atau demam kan? Tapiii jangan salah faham tau, vit C ni bukan ubat ye. Sebenarnya ia satu unsur yang badan perlukan untuk berfungsi secara normal. Jom kita tengok, apa sebenarnya fungsi Vitamin C.






Antara FUNGSI VITAMIN C

1) Mencantikkan kulit
Jika setiap hari kita mengambil vit C secara konsisten, ia mampu menjadi kan kulit kita lebih cerah. Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen penyebab utama kejadian jeragat. So cara kawal jeragat adalah dengan mengambil vit C setiap hari!


2) Meningkatkan sistem imun tubuh
Vit C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik. Ia nya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

  • Menguatkan sistem imun
  • Mengurangkan asma dan alergi hidung dan kulit
  • Menyingkatkan waktu pemulihan ketika sakit


3) Antioksida yang menghalang kerosakan tisu yang di sebabkan radikal bebas
Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ia nya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat di nyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vit C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk


4) Mencegah penyakit Scurvy
Penyakit Skurvi adalah akibat kekurangan vit C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah di sebabkan kekurangan vit C.
 Jelas sekali vit C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadi kan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit di sarankan mengambil vit C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan


5)Stres/Tekanan
Sangat perlu di ambil oleh mereka yang sistem imun badan nya rendah kerana stres. Stres adalah masalah yang biasa di hadapi oleh masyarakat kita pada hari ini. Vit C sangat sensitif dengan tekanan dan ia nya merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu stres memerlukan lebih vit C setiap hari.



6) Mengekalkan kolestrol sihat

Vit C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah. Ia juga mampu mengekalkan  kapilari yang sihat dan menghindari arteriosklerosis, thrombus, menghalag pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi



7) Membantu pembentukan kolagen

Vit C membantu pembentukan kolagen  iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, endi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itu lah siapa yang amalkn vitamin C akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik malah luka nya juga cepat sembuh kerana ia nya membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.


8)Membantu pencegahan sesetengah kanser seperti kanser paru-paru, payudara dan sebagainya.

Fuhhhh. Ni semua adalah antara fungsi vit C. Korang mesti ingat makan vit C hanya utk cantik, untuk demam n selsema je kan. tapi sebenarnya, bannnyaakkkkk oo fungsinya







Monday, February 12, 2018

Sustained Released Vitamin C

Perbezaan Shaklee:

Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin shaklee (di dalam masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavanoid (25% dari bioflavanoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga di kenali sebagai vitamin C complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vtamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.



Manfaat utama:

1) Membentuk kolagen 
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

2) Memperbaiki simptom pendarahan
Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3) Peningkatan sistem imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sitem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, serta asma. Ia juga mengurangkan tempoh pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.

4) Memerangi kanser
Ia adalah satu-satunya antioksida yang berkuasa, mapu meningkatkan interferon ssemulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-sel untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5) Mencantikkan kulit
Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6) Memperbaiki imsonia
Ia memperbaiki imsonia, stres masalah berkaitan mental seperti keresahan

7) Mengekalkan kolestrol sihat
Ia nya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.



Amaran
  • 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C
  • Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C
  • Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak
  • Terlebih dos vitamin C (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit birit


Adakah anda tahu

Haiwan menghasilkan vitamin C mereka sendiri, seperti arnab mampu menghasilkan 18000mg (18g) vitamin C sedangkan  manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Tambahan pula vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak akan memberi kesan toksik.

Kajian dari Dr. James Scala telah menunjukkan, adalah selamat untuk mengambil 5000 mg (10tablets) hingga 10 000mg (20 tablets) vitamin C sehari. Dr Pauling yang menemui vitamin C, mengambil 18g (18 000mg) sehari dan beliau adalah sihat secara fizikal pada umur 94 tahun.



Vitamin C yang memadai dari buah

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60 mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah aan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabla terdedah kepada kepanasan.


Ayu
011-28878413
Your Trusted SID




Kenapa vitamin C penting

Vitamin C terdiri daripada 3 bentuk secara kimia iaitu Ascorbic Acid (Ascorbates), Ascorbate Free Radical dan Dehyroascorbate. Ketiga-tiga bentuk ni bertanggungjawab untuk penyebaran dan aktiviti penting bagi reaksi biokimia, pelindung intarcellular sel dan bertindak sebagai penyumbang elektron bagi radikal bebas (antioksidan).

Vitamin C tidak di jana di dalam tubuh manusia bermakna ia nya perlu di perolehi daripada sumber makanan. Antara makanan atau buah- buahan yang mengandungi vit C.




Vit C secara mudah nya akan hilang atau di singkirkan dari badan kita apabila kita merokok, stress, demam, tidak cukup tidur, marah, muntah, mengandung dan sebagainya. Tengok! betapa mudah nya vit C ni di singkirkan dan hilang dari tubuh kita. so bermakna kalau korang tak hisap rokok sekalipun, korang terhidu asap perokok,  vit C tu blh hilang. sebabtu la sebelum2 ni, ada je saya terskip makan vit C, tapi since tahu vit c ni mudah disingkirkan and hilang, dah nekad pada diri untuk ambil setiap hari. makanya stok vit C dekat rumah wajib la ada utk keperluan kita. bukan kehendak tau.

Kenapa kita di galakkan makan sayur mentah? sebab the moment sayur tu masak atas api, vit C akan musnah. Vit C adalah nutrisi yang paling senang termusnah dengan haba. so macam mana nak atasi kehilangan vit c ni? amk la Vitamin C shaklee. Hehehe. Haipp. jangan mara kalau saya suruh ambil vit c shaklee. kalau marah je pun, dah boleh hilang vitamin c ni tau. jadi, sentiasalah baca pasal kebaikan vit C ni supaya later on korang sendiri akan jatuh cinta, kalau dah tahu pasal Fungsi Vitamin C



Kalau nak dapatkan vitamin SUPER BEST ni, boleh la contact no ni terus ye: 011-28878413 atau membuat pembelian terus di sini 


👉KLIK DI SINI👈

Assalamualaikum and selamat sejahtera semua. Harini setelah sekian lama tak berblog and blog lama pun da kena delete ngan pakcik google barangkali la. hehe, ni kita kasi timbul semula blog baru. Actually, saya tak berapa aktif berblog ni.. tapi azam tahun ni, sebanyak yang mungkin nak perbanyakkan update blog. mana la tahu tetiba satu hari nanti terfames pla blog saya ni uolls. haha.
So hari ni, just testing2 menulis je. Yang mana baik hati tu meh la follow saya rapat2. Nanti saya akan follow awak semula secara rapatnya. ngegeeee.