Setelah 5 bulan beranak, baru hari ni nak coret2 cerita untuk kenangan. tu pun dah ingat2 lupa. hehe. tapi pengalaman sakit beranak tu, fuhhhh.. sampai sekarang terngiang2 dan terasa. hehe. depend la kan pada setiap individu. ada orang yang memang dah nak beranak, tapi rasa sakit tu langsung takde, tapi ada orang yang memang sampai sakit tahap melampau sampai dah tak boleh nak mikir pape. saya tergolong dalam golongan yang sakit yakmat tulah.. tapi alhamdulillah, selamat beranak.
Bermula kisah bersalin saya adalah pada 25 september 2017. Kalau ikutkan due date yang doktor bagi 3 October 2017, tapi baby nak keluar awal. time tu saya baru 38 minggu 2 hari. instinct sebenarnya memang dah rasa baby akan keluar dalam 37 ke 38 minggu, sebab akak2 saya semua beranak masa 37 minggu. so saya assume, baby saya pun akan keluar dalam lingkungan macam ni juga. Boleh pula kira macam gitu kan.😁 hehe.
Malam sebelum saya bersalin tu, serius, takde rasa sakit apa pun. cuma malam tu, tak boleh nak tidur sebab pinggang and perut tak berapa nak selesa. rasa berat semacam je perut. pusing sana, pusing sini, tetap tak boleh tidur. Kebetulan malam tu, mak cik datang, so agak lambat jugaklah saya tidur. last2 pukul 5 pagi, turun bawah, cari makanan sebab lapar. kuikui. Time tu mengadu dengan mak, perut n pinggang rasa lain macam, mak apalagi, gabra la. terus mak suruh kira kekerapan sakit tu macam mana. Mak dah suruh pergi hospital.
start 6 lebih, pagi, baru saya kira kekerapan sakit tu macam mana, walaupun tak rasa sakit mana pun. cuma rasa ala2 sengugut je masa tu. saya counting pun sebab nak make sure betul tak sakit ni sebelum p hospital. takut dah g hospital, nurse suruh balik pula. So bermula la kiraan lepas tu. yang mana saya rasa sakit lain macam je, terus catat. tu pun catat tak catat je.
Barang keperluan saya dan baby untuk bawa g hospital
Sebelum g hospital, pack2 dulu barang2 sendiri yang tak habis kemas, mandi2 and then pergi hospital HSA (Hospital Sultanah Aminah) tak silap masa tu dalam 8 lebih(pagi), g kaunter n bagi tahu nak cek bukaan. bila nama dah panggil, 9 lebih (pagi) pergi buat CTG dulu. lepas je buat CTG, orang hospital suruh tukar baju pink, n diorang nak cek bukaan. saya plak da terpingga2 sebab first pengalaman kan. hehe. Masa buat CTG tu, sakit contraction tu masih boleh tahan, tapi once dia da seluk nak cek bukaan, n dia tolong buka lagi bukaan huaaaaa, start dari situ bermula la contraction pain yang sangat dashat, n baru tahu gini la rupanya contraction pain. huhu. Tak kusangka begini sakit nya contraction. Cam nak terobos ari2 time tu. ok, sah. kena tahan wad dah. Sementara akak tolong uruskan pendaftaran masuk wad, tak senang duduk dah saya menahan sakit tu. mengigil satu badan. Masa ni bukaan baru 3 cm, tapi contraction pain da regular. doktor bagitahu, bila2 masa bukaan boleh besar and doc scan anggaran berat baby 3.3 kg. Masa tu orang hospital dah pesan, kalau dah rasa sakit nak bersalin, o pecah air ketuban, dia suruh panggil. kalau ada katil kosong baru boleh masuk labour room.
Hehe. sempat ambil gambar, sebelum kesakitan melampau datang
Ni peraturan hospital. gambar gegar sebab tengah sakit sangat time ni. haha. Nurse explain mana nak ambil baju, mana toilet, masa melawat , surau and sebagainya.
Dalam 10 lebih macam tu, baru saya dapat masuk wad. kiranya settle semua dah urusan pendaftaran, saya pun ikutla nurse g wad kelas 3, tingkat 3, no katil 63. Sementara dapat katil, duduk dulu dekat kerusi sebab dia nak terangkan peraturan simple hospital. Masa ni, walaupun sakit contarction, tapi still boleh tahan lagi. start je 11 lebih, memang betul2 dah tak tahan. turun naik katil konon nya nak kurangkan sakit, tapi langsung tak hilang. haha. kebetulan masa tu ada doc, terus minta doc cek kan bukaan. kot2 la da buka besar, sebab sakit dah terlampau n yakmat. tapiiiii bila cek, bukaan still 3 cm lagi. huarrrrgghhh. menangis saya menahan sakit ni. mulut ni tak berhenti berzikir untuk kurangkan rasa sakit
Tengah menunggu di ward beramai2.
Orang kata sakit bersalin tu macam sakit senggugut, tapi bagi saya sebenarnya takkkkk. tak boleh nak digambarkan sakit tu macam mana.tapi yang pasti, ari2 time tu rasa nak terobos keluar. hehe. contraction da makin kerap and regular. setiap 3 minit sekali, saya dah tahu sakit tu akan menyerang. so get ready je la setiap 3 minit sekali. air mata time ni duk mengalir tak henti2 sebab menahan sakit.
pukul 3 lebih(petang) bukaan baru 4 cm. doc kata 4 cm sebenarnya dah boleh masuk labour room, tapi di sebabkan katil penuh, kena la tunggu. pukul 4 lebih, darah dah turun. dia suruh pakai pad dulu and dia nak inject ubat tahan sakit sementara tunggu katil. time ni saya memang dah betul2 sakit and tak boleh nak berjalan dah. jalan pun alahaiii, perlahan yang amat. saya tak rasa pun effect ubat tahan sakit tu. kesakitan da menguasai segala-galanya. hehe. suami masa ni da ada, baru sampai daripada kl. dengar je saya dah masuk hospital,suami terus balik dari kl ke jb. ayah, mak and suami la yang jadi penenang masa tengah contraction tu.
Lepas inject, buat CTG lagi. masa buat CTG tu, ya Allah..betul2 dah tak tahan and tak selesa. kalau boleh nak minta beranak sekarang juga je. Saya dah rasa anak da meronta2 nak keluar. boeh tak korang bayangkan macam mana bila sesuatu benda tu nak terkeluar, tapi kita dok tahan.
at last, saya bagitahu doc dah tak tahan sangat, and doc pun decide untuk seluk n pecahkan air ketuban. masa air ketuban pecah tu, doc bagitahu, air ketuban dah bercampur dengan najis baby. tapi di indikasi kan sebagai low sahaja, sebab tak pekat. masa ni doc yang seluk doc lelaki melayu. dua kali doc ni seluk. aduduu. maluuu. sebelum ni, yang cek bukaan masa dekat wad, doc perempuan, tangan nya halus jeee. so tak rasa sakit sangat. bila tiba doc india lelaki seluk, fuuuhhh. rasa sakit tu.
okey, yeaayyyyyy!!! akhirnya doc decide saya dah boleh beranak. tak tergambar rasa perasaan time tu sebab setelah sekian lama menahan sakit baby keluar, akhirnya dapat juga. huhu. nurse tolak saya ke labour room(tapi tak pasti betul atau tak labour room atau bilik saringan, sebab dia ada bagitahu katil penuh, jadi awak duduk sini dulu ye). huuu. time ni tersangat dah tak larat n tak tertahan sakit. badan pun da tersangat lemah. husband time ni, tak dibenarkan masuk, nurse kata tunggu dia panggil baru masuk. tapi sedihnya sampai da selamat beranak, nurse tak panggil pun husband. huaaaaa. anak dah selamat lahir baru suami masuk.
masa saya duduk dekat katil, time ni pejam mata sambil sedut n hembus nafas. kihkih. time ni tak perasan pun, saya terhembus nafas depan muka nurse. (nurse kot, pakai baju hitam), n apalagi,bila kena hembus nafas depan muka, ofkos la nurse tu marah."awak hembus nafas depan muka saya buat apa". dalam hati mana la saya perasan kak oiii. masa dalam beberapa minit kemudian, tetiba saya rasa macam nak terberak sangat. bagitahu ke nurse and doc. doc pun cepat2 cakap, haaaa, berak, berak, awak kata nak berak kan. so saya apa lagi dengan segala kudrat yang ada terus meneran dengan kuatnya smbil bunyi huarggggghh yg kuat. haha. dua kali push tak silap, lahirlah seorang anak ibu yang comel. hehe.
Anak ibu Ahmad Raif Anaqi Bin Murhisham
masa nurse letak baby atas dada, saya memang rasa dah separa sedar dah dengan keadaan yang tak bermaya tu, jadi nya tak nampak mana muka anak. yang dengar cuma suara cumel baby je. huaa. how i miss that moment.
da selesai proses keluar anak, sekarang proses menjahit pla. time ni, nurse n doc suruh sedut gas etonox bagi kurang kan kesakitan. asal sakit skit je, saya cecepat sedut gas ni. huuu. memang lalok abis dah saya lepas tu. memang betul2 lalok n tak bermaya. even tengah duduk dekat kerusi roda pun, kepala dah terhuyung hayang da. walaupun lalok, tapi sakit tu still rasa2 menyengat.bagi saya la kan, contraction pain and sakit bersalin tu lagi sakit daripada sakit jahit.
Selesai je luka jahitan saya di jahit, saya di bawa ke wad pula. suami masa ni uruskan segala benda. memang busy betul suami time ni. pukul 12 mlm baru lah settle semua benda. baby pla kena tahan wad, sebab ada masalah pernafasan sikit (sebab duk lama sangat dlm perut masa sakit tu). sebelum suami balik, sempat dia papah saya ke toilet untuk uruskan diri. time ni dah menangis2 sakit. saya tengok, orang katil sebelah lek2 je siap boleh bersila lagi, yang saya ni pula terbaring kesakitan. nak kata duduk, memang takla. sepanjang berada dekat wad, baring ajela.. nak gerak pun da macam sloth tau. rasa punggung perit sangat.
malam tu, nurse paksa juga kencing. tapi yang peliknya, walaupun dah lama masa berlalu, rasa nak kencing tu langsung takde. masa nk kencing dalam toilet pun, kena meneran untuk keluarkan air kencing tu. huhu.
sepanjang malam berada kat wad, memang tak boleh tidur, sebab menahan sakit.katil plak tu tinggi. hihi. rasa tempoh malam tu panjang sangat. rasa macam tak bergerak jam tu. dahla badan berlengas and darah penuh katil, memang tak selesa sangat. asyik mengadu dengan nurse aje, rasa bengkak and pedih yakmat dekat jahitan saya ni.
Keesokkan hari nya, saya mengadu pla dengan doc yang datang melawat. and doc tu minta saya masuk ke bilik dia untuk dia cek. aduduuu. tengah dalam keadaan sakit tu, bila kena seluk depan and belakang, hanya Tuhan je tahu macam mna sakit tu. abis je doc cek, terus mengalir laju air mata ni sambil darah menitik2 masa nak jalan balik katil.
Petang tu, saya da boleh discharge dari wad. Papepun, pengalaman bersalin ni masih seriau lagi. jangan cakap, alaaaaa, aku tak sakit pun, ok je. setiap orang berbeza ok. Apapun, saya bersyukur sangat2 n berterima kasih sangat pada suami yang bersungguh2 tolong isteri dia ni n pada mak ayah yang sentiasa menolong anak mu ini. hehe.